Majalah SAJI keluaran Ogos 2011, muka surat 192
Rasai keenakan Kek Kukus D'Home Classic.
Sekali cuba, anda pasti tak boleh berhenti menikmati. Semenjak berada di pasaran pada November 2010, kek kukus D'Home Classic telah berjaya meyakinkan penggemar kek ini akan keistemewaannya. Ini kerana kek kukus D'Home Classic menampilkan kelainan dari segi rasanya yang kaya rasa mentega, padat dengan buah-buahan dan teksturnya yang lembut dan lembab.
Salah satu keunikan kek ini ialah ianya tahan lama walaupun tanpa pengawet tiruan. Warnanya juga sentiasa konsisten tanpa pewarna tiruan. D'Home Classic juga memastikan ianya dikukus dalam suasana mesra alam tanpa penggunaan bahan plastik yang merbahaya. Oleh itu jika anda penggemar kek kukus, anda pasti tidak rugi untuk mencuba kerana kualitinya berbaloi dengan harga yang anda bayar. Kek kukus D'Home Classic kini telah menemui penggemarnya di seluruh Malaysia.
Tempahlah sekarang. Sesuai untuk minum petang, sambil menonton bersama keluarga, hidangan untuk tetamu, buah-tangan untuk sahabat handai dan saudara mara. Malah sesuai sebagai "door gift" untuk sebarang majlis perkahwinan dan musim perayaan.
No comments:
Post a Comment