Sunday, 28 August 2011

Tempahan kek kukus akan ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada 5 September 2011.

Sekian, harap maklum.
:)





Lempuk Durian Habis Stok

Buat masa ini stok Lempuk Durian sudah habis. Sekiranya ada akan diberitahu kelak.

Friday, 5 August 2011

Kek Kukus Buah

Kak Kukus Buah D'Home Classic sesuai untuk juadah berbuka puasa dan hidangan istimewa buat keluarga, sanak-saudara & teman-teman dihari raya.
Harga : klik di sini
Gambar lain: klik di sini

Wednesday, 3 August 2011

Lempuk Durian ke Sabah

TERKEJUT!!!!
Telah dihantar dari Melaka pada 02 Ogos 2011 jam 10.45 pagi, sampai ke perumahan di Taman Kuala Menggatal, Sabah pada keesokan harinya iaitu pada hari ini 03 Ogos 2011 jam 3.40 petang. Pos laju cukup laju. Kawan saya di KL yang dikirim produk yang sama dan tarikh yang sama menelefon saya kerana terkejut. Kalau setiap kali penghantaran pos laju begini alangkah bagusnya.

Lempuk durian yang dihantar dengan pos laju.

Keadaan Lempuk Durian setelah dibuka.

Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432 H

Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat di mana sahaja berada. Semoga Allah S.W.T. mengampuni kita dibulan yang mulia ini.

Wednesday, 27 July 2011

Lempuk Durian Laris

Kini produk Lempuk Durian D'Home Classic semakin mendapat permintaan ramai termasuk dari Sabah. Kami menghantarnya melalui pos laju dengan kadar yang telah ditetapkan. Untuk makluman penggemar produk ini "STOK TERHAD".  Sekiranya anda berminat hubungilah agen kami atau terus kepada pihak pengurusan D'Home Classic.

Lempuk durian D'Home Classic sebelum 
dimasukkan ke dalam bekas.
Lempuk Durian selepas dibungkus.
Lempuk durian yang hendak dipos kepada pembeli.

Belilah Lempuk Durian D'Home Classic selagi STOK masih ada. Ianya diperbuat daripada isi durian tanpa campuran tepung. Harga: RM15.00 / 300g (tidak termasuk bayaran pos laju).

Saturday, 23 July 2011

Kek Coklat & Coklat Aneka pelbagai guna

Coklat aneka dijadikan hantaran pertunangan.












Coklat D'Home Classic tempahan khas untuk majlis pertunangan.









Kek coklat dijadikan kek harijadi.
















Lagi aneka coklat dijadikan cenderahati.
Keterangan : Aneka coklat adalah kombinasi coklat praline almond, black raisin & susu.









Aneka coklat dijadikan cenderahati.
















Sekiranya anda berminat untuk menempah produk-produk seperti di atas hubungilah pihak pengurusan kami no.hp: 017 6993181 untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Friday, 22 July 2011

Kek Kukus D'Home Classic dalam Berita SAJI Ogos 2011

Majalah SAJI keluaran Ogos 2011, muka surat 192

Rasai keenakan Kek Kukus D'Home Classic.
Sekali cuba, anda pasti tak boleh berhenti menikmati. Semenjak berada di pasaran pada November 2010, kek kukus D'Home Classic telah berjaya meyakinkan penggemar kek ini akan keistemewaannya. Ini kerana kek kukus D'Home Classic menampilkan kelainan dari segi rasanya yang kaya rasa mentega, padat dengan buah-buahan dan teksturnya yang lembut dan lembab.

Salah satu keunikan kek ini ialah ianya tahan lama walaupun tanpa pengawet tiruan. Warnanya juga sentiasa konsisten tanpa pewarna tiruan. D'Home Classic juga memastikan ianya dikukus dalam suasana mesra alam tanpa penggunaan bahan plastik yang merbahaya. Oleh itu jika anda penggemar kek kukus, anda pasti tidak rugi untuk mencuba kerana kualitinya berbaloi dengan harga yang anda bayar. Kek kukus D'Home Classic kini  telah menemui penggemarnya di seluruh Malaysia.

Tempahlah sekarang. Sesuai untuk minum petang, sambil menonton bersama keluarga,  hidangan untuk tetamu, buah-tangan untuk sahabat handai dan saudara mara. Malah sesuai sebagai "door gift" untuk sebarang majlis perkahwinan dan musim perayaan.

Kek Coklat Mini

Kek Coklat Mini 
Kek coklat mini ini mendapat permintaan yang tinggi dari pengusaha-pengusaha kantin & katering. Laris dijual di sekolah-sekolah,  kolej, kilang & pejabat.















Kek Coklat Mini dengan dekorasi

Kek coklat mini dengan dekorasi yang diminta pelanggan.
Mini chocolate cake with decoration as per customer request.

Klip Video Produk D'Home Classic



Produk keluaran bumiputera & dijamin halal.
Harga Produk:
1. Kek Kukus Buah 
Semenanjung Malaysia :RM70.00
Sabah: RM75.00
2. Lempuk Durian
RM15 /300g
3. Almond London
RM25 / 50 biji
4. Biskut Suji
RM17 / 50 biji
5. Coklat Aneka
RM17 / 25 biji (dalam balang)
RM22.00 /25 biji (dalam kotak hadiah)
6. Kek Coklat Lembab
RM45 / 2kg.


Sesiapa yang berminat menjadi agen atau ingin membeli produk D'Home Classic sila hubungi pihak pengurusan kami di No HP: 017 6993181.

Tawaran Istimewa

Sesiapa yang berminat menjadi agen produk D'Home Classic sila hubungi pihak pengurusan kami di No HP: 017 6993181.

Thursday, 21 July 2011

Wednesday, 20 July 2011

Coklat Aneka



Coklat Aneka pelbagai bentuk .
Harga: RM17 / 25 biji dalam balang & RM22 / 25 biji dalam kotak hadiah

Kek Coklat Lembab / Chocolate Moist Cake

 Enak rasanya.
Harga : RM45 / 2 kg.

Lempuk Durian

STOK TERHAD

Gambar Terbaru  26/07/2011
Gambar Lama
Lempuk durian tanpa campuran tepung. Enak dimakan bersama roti atau dibuat campuran dalam bubur kacang / sagu dan lain-lain.
RM15.00 / 300g.
Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bagi mereka yang tinggal di Kota Kinabalu dan Kota Belud, boleh berhubung terus dengan Bakti Bin Omar, hp: 013-8783848.

Almond London

Almond London, harga semenanjung Malaysia RM25.00 / 50 biji.


Sunday, 17 July 2011

Kek Kukus Buah (1.8kg)

Rasakan keenakan kek kukus buah D’home Classic. Dibuat segar dalam persekitaran dan suasana kampung. Di­adun dari bahan-bahan yang terpilih dan bersih. Kaya rasa mentega, padat dengan buah-buahan campuran dan tanpa pengawet tiruan. Dikukus selama 4 jam untuk mengekalkan kesegarannya walaupun disimpan lama.













Untuk maklumat lanjut mengenai harga sila, klik sini.

D'home classic dalam majalah Saji Disember 2010




Logo D'Home Classic


Logo D'Home Classic.